top of page

Bagi Ejen Hartanah & Pemilik Rumah

Anda mempunyai tanah, rumah baru atau rumah lama untuk dijual atau untuk disewa? Untuk mendapatkan pembeli atau penyewa boleh menjadi sesuatu yang sangat susah. Bergantung kepada pelanggan sasaran anda, mungkin ia langkah yang bijak untuk melabur sama ada untuk memperbaiki atau memperelok keadaan rumah tersebut, -  menyediakan rumah yang lengkap dengan perabot atau menunjukkan potensi tanah anda kepada pelanggan. Kami menyediakan perkhidmatan ini untuk anda:

1

Hiasan Dalaman Lengkap

Hiasan dalaman lengkap bagi menyediakan rumah dengan perabot yang lengkap. Untuk menarik pelanggan yang mencari kediaman yang lengkap dan selesa yang boleh diduduki dengan segera dan mempunyai bajet khusus untuk tujuan tersebut.

 

2

Hiasan Dalaman Asas

Hiasan dalaman asas bagi menyediakan rumah dengan perabot yang lengkap. Termasuk rekabentuk dan hiasan tambahan keperluan, seperti dinding ‘feature wall’ dan kabinet. Untuk menarik pelanggan yang mencari kediaman yang selesa dan boleh diduduki dengan segera, tetapi dengan bajet yang lebih rendah untuk tujuan tersebut.

3

Hiasan Dalaman dari Perabot Asal

Hiasan dalaman menggunakan perabot sedia ada. Anda boleh menghias dalaman rumah/ruang menggunakan perabot dan barang yang anda miliki. Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk perabot dan barang hiasan yang baru. Tetapi, kami akan menasihati jika anda memerlukan sesuatu perabot/barang yang penting yang belum ada.

4

Model 3D sahaja

Model 3D rumah atau apa-apa jenis bangunan di atas tanah yang kosong, untuk menunjukkan kepada pelanggan anda tentang potensi tanah tersebut. Selepas tanah dibeli, pemilik tanah berhak membina apa-apa yang dia mahukan, tetapi jika pembeli tersebut berminat dengan contoh rekabentuk yang pernah anda tunjukkan kepadanya, kami boleh menghasilkan set lukisan terperinci/pembinaan rumah/bangunan tersebut bagi kegunaan kontraktor membina di tapak tersebut.

Kami boleh melawat rumah untuk mengambil ukuran yang perlu. Seterusnya kami akan mula merekabentuk model dalam bentuk 3D supaya dapat berkomunikasi dengan baik antara semua pihak. Bergantung kepada keperluan atau kehendak anda, anda mungkin mahukan model 3D sahaja untuk dapat melihat idea tersebut dengan bagus, atau anda mungkin juga mahukan rekabentuk tersebut dibina di tanah/rumah/ruang anda. Perkhidmatan kami adalah fleksibel dan kami boleh menyesuakannya mengikut keperluan anda.

Daftar di sini sebagai salah satu kenalan kami, sama ada sebagai kontraktor, pemilik rumah atau agen hartanah untuk mendapatkan berita terkini perkhidmatan kami.

Daftar di Sini sebagai Kenalan Kami

Terima kasih!

bottom of page