top of page

soalan lazim

Saya tinggal di Kedah. Bagaimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Sama sahaja jika anda tinggal di Johor atau Melaka atau Selangor. Hampir kesemua  perkhidmatan (komunikasi dan penghantaran lukisan)kami dilakukan melalui whatsapp atau emel. Hanya, akan ada had kemampuan kami dan/atau kos yang lebih tinggi jika anda ingin untuk berbincang secara langsung/berdepan. Pemeriksaan kerja yang berkala/kerap di tapak mungkin tidak dapat dilakukan jika terlalu jauh seperti di Kedah. Akan tetapi, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan-jarak-jauh, di mana kontraktor akan menghantar kepada kami gambar-gambar tahap kerja di tapak untuk kami periksa jika ia dilakukan dengan betul.

Saya hendak mengubahsuai rumah saya. Adakah saya memerlukan arkitek?

Ia bergantung kepada jenis dan tahap pengubahsuain tersebut. Apa-apa pun, kami nasihatkan supaya anda berjumpa dengan pihak berkuasa (PBT atau mana-mana pihak yang berkenaan) untuk pengesahan. Anda juga dinasihatkan supaya membawa sekali sekurang-kurangnya lukisan atau pelan kasar idea ubahsuai tersebut untuk bantu dalam berkomunikasi dengan mereka.

Arkitek atau pereka bentuk (desainer) freelance? Yang mana lebih murah? Yang mana lebih bagus?

Ia bergantung kepada jenis dan saiz projek anda. Rajah di sini dapat membantu anda dalam memahami perkhidmatan yang lebih murah.

 

Selain dari aspek kos, anda mungkin risau tentang kualiti perkhidmatan/servis yang ditawarkan. Arkitek biasanya lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang pembinaan berbanding dengan pereka bentuk/desainer yang biasa. Kepakaran kami berada di tengah-tengah di mana, kami adalah pereka bentuk/desainer freelance tetapi bersokongkan pengalaman bertahun dalam bidang pembinaan.

 

Lagi satu perkara adalah komunikasi yang bagus. Anda mesti mahukan seseorang yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan, sentiasa menasihati tentang masalah yang mungkin berlaku atau alternatif yang bagus, dan juga seseorang yang memahami keperluan dan kehendak anda.

Adakah saya betul-betul perlukan penghias dalaman?

Jika anda mahir atau minat dalam hiasan dalaman, anda mungkin tidak memerlukan perkhidmatan seorang penghias dalaman! DIY (buat sendiri) boleh menjimatkan kos dan juga menyeronokkan. Tetapi, jika ada mempunyai idea reka bentuk (desain) yang rumit, seperti reka bentuk kabinet dapur yang mempunyai banyak bahagian-bahagian yang berlainan dari yang biasa, anda mungkin memerlukan khidmat pelukis hiasan dalaman untuk bantu anda berkomunikasi dengan kontraktor dengan berkesan, supaya ia dibina dengan betul.

 

Ataupun, ia boleh menjadi agak susah untuk membayangkan bagaimana sebenarnya idea anda. Jadi, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pembuat model 3D hiasan dalaman untuk membolehkan anda lihat idea anda dalam berbagai arah/perspektif. Mereka juga dapat bantu anda dalam memilih aspek-aspek seperti pencahayaan dan warna.

bottom of page