top of page

Bagi Kontraktor

Sesetengah kontraktor menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh, dari reka bentuk hingga pembinaan. Tetapi sesetengah kontraktor menyediakan perkhidmatan yang berskala lebih kecil atau lebih khusus. Dalam apa-apa jenis perkhidmatan yang disediakan, selalunya ada perkara yang kurang atau tidak mencukupi dalam perniagaan tersebut yang dapat meningkatkan hasil.

Anda boleh pertimbang untuk menambah beberapa jenis perkidmatan dalam perkhidmatan anda yang sedia ada, sama ada untuk sesuatu projek tertentu atau sebagai perkhidmatan yang tetap. Kami menyediakan perkhidmatan ini untuk anda:

1

Pembentangan Model 3D

Pembentangan rekabentuk servis anda dalam bentuk 3D model (seperti rekabentuk siling, rekabentuk langsir, dinding, pintu dan tingkap, dll) kepada pelanggan-pelanggan anda. Kami menggunakan Sketchup kerana ia percuma dan mudah bagi semua orang termasuk pelanggan anda.

2

Gambar Perspektif Realistik

Gambar perspektif realistik dari pembentangan 3D. Ini adalah dalam format JPEG (imej) supaya ia mudah untuk ditunjukkan kepada pelanggan anda, rupa rekabentuk dalam bentuk yang realistik/sebenar.

3

Idea Hiasan Dalaman

Kami boleh membantu untuk meningkatkan potensi perkhidmatan anda dengan menunjukkan bagaimana caranya produk/perkhidmatan anda dapat menghasilkan hiasan dalaman yang cantik yang mempunyai permintaan tinggi di kalangan ramai pemilik rumah. Kami boleh mengguna-pakai produk anda untuk menghasilkan hiasan dalaman tersebut pada kos yang sesuai dan tidak menjejaskan bajet pelanggan anda.

4

Rekabentuk & Lukisan Senibina

Kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam rekabentuk senibina. Ini termasuk rekabentuk luaran, rekabentuk bumbung, rekabentuk bilik air, susunatur perpaipan, rekabentuk laman, dan sebagainya. Perkhidmatan ini juga termasuk lukisan/pelan pembinaan/terperinci bagi tujuan pembinaan di tapak.

5

Lukisan Kelulusan PBT

Jika pelanggan anda perlu mendapatkan lukisan kelulusan dari majlis/pihak berkuasan tempatan (PBT), dan anda mencari cara yang lebih murah untuk tujuan ini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pelukis pelan seperti kami. Jangan risau, kami menyediakan perkhidmatan melukis pelan yang benar, dan akan selalu menasihati anda tentang peraturan yang ditetapkan PBT seperti garis anjakan dan kehendak-kehendak yang lain.

Kami boleh melawat rumah untuk mengambil ukuran yang perlu. Seterusnya kami akan mula merekabentuk model dalam bentuk 3D supaya dapat berkomunikasi dengan baik antara semua pihak. Bergantung kepada keperluan atau kehendak anda, anda mungkin mahukan model 3D sahaja untuk dapat melihat idea tersebut dengan bagus, atau anda mungkin juga mahukan rekabentuk tersebut dibina di tanah/rumah/ruang anda. Perkhidmatan kami adalah fleksibel dan kami boleh menyesuakannya mengikut keperluan anda.

 

Anda mungkin memerlukan bantuan dari orang seperti kami bagi menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan ini, atau anda mungkin boleh sedikit sebanyak belajar dari sini untuk menghasilkannya sendiri pada suatu masa nanti dan seterusnya memperkembangkan perniagaan anda.

​

Daftar di sini sebagai salah satu kenalan kami, sama ada sebagai kontraktor, pemilik rumah atau agen hartanah untuk mendapatkan berita terkini perkhidmatan kami.

Daftar di Sini sebagai Kenalan Kami

Terima kasih!

bottom of page